Melakukan kebaikan biarlah secara senyap je. Apabila anda melakukan kebaikan lakukanlah ia secara senyap. Tidak perlu menghebohkan kepada orang lain tentang kebaikan yang telah dilakukan itu. Ataupun sengaja lakukan kebaikan di hadapan orang lain sahaja tapi jika belakang orang agak payah nak buat baik ni. Walaupun senyap tapi kita tetap mendapat pahala diatas kebaikan yang telah dilakukan. Biarlah orang lain tidak tahu tapi Allah maha mengetahui.
Disamping melakukan kebaikan itu secara senyap, sembunyikanlah kebaikan yang kita lakukan seperti mana kita menyembunyikan kejahatan. Sudah tentu kita merasa malu jika orang lain tahu tentang keburukan dalam diri kita. Samalah juga tidak perlu orang lain untuk tahu setiap kebaikan yang kita lakukan. Dengan ini setiap kebaikan yang anda lakukan akan membawa kepada keikhlasan.

Secara kesimpulan, setiap perkara kebaikan yang kita lakukan hendaklah disertai dengan rasa ikhlas barulah kita akan rasa senang melakukannya. Rasa ikhlas ini boleh dilahirkan secara perlahan-lahan dalam diri seseorang itu. Tanpa rasa keikhlasan dalam seolah-oleh hanya sia-sia sahaja kebaikan yang kita lakukan. Sifat ikhlas ini juga sentiasa dituntut dalam agama. Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tapi yang penting hati kita kena ikhlas kepada Allah setiap masa.
gengjawa
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.
Kalau kamu menampakkan sedekah-sedekah itu (secara terang-terangan), maka yang demikian adalah baik (kerana dapat menjadi contoh). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin maka itu adalah lebih baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (al-Baqarah : 271)
Tangan Kanan menghulur , tangan kiri disembunyiKan di beLakang .
No comments:
Post a Comment